Saturday, March 6, 2010

Lawatan ke SMK Beladin & Maludam

Kali ini entry yang akan BA paparkan ditulis di dalam Bahassa Malaysia. Ini bagi memudahkan rakan-rakan lain yang tidak fasih atau tidak memahami bahasa Iban seperti yang lazim BA gunakan sebelum ini.

Pada hari yang telah dijanjikan, BA beserta dua rakan sekerja yang lain iaitu AO Hayati dan AO Crispin telah berangkat ke Beladin dan Maludam seawal jam 7.00 pagi dari Bandar Betong. Perjalanan menaiki kereta jabatan mengambil masa satu jam menuju Pusa.


Sampai di Pusa, kami sempat melawat Pejabat Daerah Kecil Pusa yang baharu sahaja diubahsuai. Orang - orang penting di Pejabat tiada pada masa tersebut. Kemudian, perjalanan menuju ke Beladin diteruskan melalui feri. Menanti feri berangkat agak lama dan cuaca pun agak panas.

Kenderaan seperti Perdana adalah agak sukar untuk menaiki feri disebabkan kenderaan tersebut rendah...namun begitu ada juga yang menaiki kenderaan kancil dapat menaiki feri. Ia adalah bergantung kepada keberanian dan pengalaman seseorang pemandu tersebut. Kalau BA...sorry...sampai bila-bila takkan pandu kereta menaiki feri...takut.

Sampai di seberang kami teruskan perjalanan menuju ke Sekolah Menengah Kerajaan, Beladin. Ia merupakan sebuah sekolah menengah yang baharu. Oh..lupa nak bagitau...tujuan kami ke Beladin kerana akan menghadiri mesyuarat persiapan bagi Lawatan YAB TPM ke SMK Beladin dan juga ke dua buah sekolah di Daerah Kecil Maludam.

sempat pose: AO Crispin, Ins. Halim,AO Yati dan AAO Shukri

Di SMK Beladin kami menemui Tuan Pengetua sekolah yang seperti sudah menjangka kehadiran kami walaupun tiada seorang pun memaklumkan kepada beliau mengenai perjalanan awal kami itu.

Kami telah dibawa melawat sekitar sekolah tersebut...BA teruja melihat sekolah yang berada di luar bandar dengan binaan struktur yang moden dan amat menyelesakan. Amat beruntung bebudak kat sini dapat menikmati kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan.

SMK Beladin, Betong Sarawak





Sekolah baharu ini lengkap dengan segala kemudahan yang sewajarnya ada bagi sesebuah sekolah seperti klinik kesihatan, kantin,surau,asrama yang amat selesa, kemudahan kediaman guru, dewan serbaguna, makmal, bengkel dan bermacam lagi.

BA terpukau dengan suasana di sekolah ini sambil membayangkan betapa jauh bezanya dengan sekolah tempat BA belajar 20 tahun lampau.



Kemudiannya kami meneruskan perjalanan ke Maludam melalui Jalan Pesisir Pantai. Cuma 20 minit masa diperlukan untuk sampai ke Maludam. Setiba disana perut sudah kelaparan. Kami terus menuju ke gerai makan minum di tepi jalan.

Kebetulan pula rakan setugas di Pejabat Daerah Kecil Maludam, Awang Maseri berada di situ. Dia menemankan kami makan minum.

tengah makan mee kolo goreng & telor mata kerbau

Kami makan mee kolo goreng dengan telor mata kerbau...sanagat sedap...tak sangka di daerah kecil ini ada mee kolo yang amat sedap jika dibandingkan dengan di Bandar Betong. BA memang teruja dengan menu itu.

Manakala AO Hayati juga membuat side order...(macam di McD lah pulakk)...dia pesan roti canai. Katanya memang sedap dengan kuah nya yang kaw kaw...

roti canai

Pemandu kami, Malidi pula makan laksa sarawak yang sedikit berbeza dibandingkan dengan yang di Betong. Apa yang berbeza adalah saiz udang yang digunakan...di sini udangnya besar dan kalau di Betong udangnya ciput...kecik. Bau nya juga...emmmm...mengujakan.

Bab makan-makan ni memang best...kalau dapat semua jenis makanan rasanya mauk dimakan...tapi apakan daya perut nya satu...heee...

laksa sarawak

Setelah kenyang dan terasa agak sendat...kami terus melawat ke dua buah sekolah yang bakal dilawati oleh YAB TPM nanti iaitu SK Maludam dan SJK Cina Maludam. BA kesian dengan keadaan sekolah-sekolah ini.

Bukan apa, kalau air pasang SK Maludam seolah-olah di atas air...ini dapat dilihat dari kesan air pasang di dinding bangunan.



Tidak sah kalau tidak berjalan-jalan di pekan Maludam. Ada satu deretan kedai di sini. Kami singgah untuk membeli keropok dan salai ikan. Memang banyak terdapat di sini kerana di sinilah perkampungan nelayan.

kedai di Maludam

di jeti nelayan

Di sini kita dapat melihat pengusaha-pengusaha ikan gonjeng sedang menjemur ikan tersebut sebelum dijual dipasaran. Kalau di menua Sarawak, ikan gunjeng selalu ditemui di dalam menu nasi lemak.
ikan gunjeng kering

ikan gonjeng sedang dijemur
tengah memilih ikan gonjeng

AO Yati borong habis keropok udang

Salai Ikan Lundu dibeli BA

Untuk menghabiskan masa di tengahari hari jumaat, kami telah pergi ke rumah rehat bersebelahan dengan Pejabat Daerah Kecil Maludam sementara menunggu masa untuk menghadiri mesyuarat.



Sebelum itu, BA nak cerita sikit...di Maludam lah terdapatnya Taman Negara...di sini banyak spesis kera belanda dan juga flora dan fauna yang lain.

Kalau BA tak silap, Taman Negara Maludam adalah 1st wetland National Park di Malaysia. Kalau sesiapa nak datang melawat...datanglah...ni dah ada peta sekali ditunjukkan.


Reward Yourself
Astana Pengerindu Astana Kitai

1 comment:

  1. tq sebab bagi informasi mengenai sk maludam. at least kawasan yang terpencil bole dikenali oleh ramai orang lagi..

    ReplyDelete

Nuan Temuai Ti Ka:

Free Website Counter
Free Website Counter Blogarama - The Blog Directory Blogarama - The Blog Directory

Aram bejalai enggau BA

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com

Ruai Artis / Selebriti/Informasi/Berita

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin