Saturday, March 28, 2009

Kolej Komuniti, Betong...dan apa ada di Betong

Kolej Komuniti Betong Sarawak

Ini adalah entry ringkas berkenaan Kolej Komuniti, Betong Sarawak dan tentang Bahagian Betong secara amnya.

Kolej Komuniti baharu sahaja beroperasi mulai Januari 2009. Kolej ini menggunakan beberapa lot rumah kedai dan terletak di pusat Bandar Betong.


Sebenarnya ia mula beroperasi pada bulan Jun 2008 dan bermula dengan Kursus Sijil Pelukis Pelan Senibina (SPS)Betong

Kolej ini ditubuhkan bagi menyediakan alternatif kepada para pelajar lepasan menengah dan juga pelajar yang telah tercicir daripada pendidikan formal agar mengambil dan mengikuti latihan serta kemahiran dalam bidang vokasional dan teknikal.

Selain itu ia bertujuan agar dapat melahirkan lebih banyak tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat.


BA difahamkan Kolej Komuniti ini menawarkan banyak kursus-kursus jangka pendek untuk diikuti oleh para belia dan remaja.

Untuk hubungi Kolej ini, sila lah ke:

Kolej Komuniti Cawangan Betong
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Lot 625-629, Betong Town District,
Jalan Lee Kai Teng,
95700 Betong, Sarawak.

Nombor telefon : 083-471830
Nombor faks : 083-472831



Bahagian Betong merupakan Bahagian yang telah dilahirkan pada 26 Mac 2002 dan merupakan Bahagian yang ke 11. Daerah Betong mempunyai Daerah-daerah yang kecil seperti Spaoh, Debak, Pusa dan Maludam. Manakala Saratok pula ada Daerah Kecil Kabong dan Roban.

Tidak lupa juga perkampungan nelayan terbesar di negeri Sarawak, Beladin terletak di dalam Daerah Kecil Pusa. Ikan terubok merupakan hasil tangkapan nelayan yang sangat terkenal di sini.

Di Daerah Kecil Spaoh pula sangat terkenal dengan hasil ikan buntalnya. Ikan buntal adalah sejenis ikan yang beracun...jadi awas. Namun begitu, bagi penduduk di bahagian ini...ia adalah makanan yang enak dan sedap.

Pada setiap tahun mulai tahun 2003 telah diadakan Pesta Ikan Buntal. Ikan buntal yang ditangkap sangat menyelerakan jika dimasak di dalam buluh (pansuh) atau dijadikan ikan masin. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resepi tempatan ikan buntal ini.

Sudah tentu anda pernah mendengar nama kumpulan band penyanyi terkenal America, Linkin Park...kita di Daerah Kecil Kabong sangat popular dengan hasil produk makanan tempatan dikenali sebagai linkin pisang. Ia sangat sedap dan jangan lepaskan peluang untuk mencubanya.

Banyak lagi kelebihan yang ada di Bahagain Betong...datanglah sendiri untuk menyaksikannya.

Bandar Betong
(photo courtesy of En. Romie Sigan Daniel, Residen Bahagian Betong)


Perjalanan sehala dari Bandaraya Kuching sejauh 251KM memakan masa selama 4 jam. Manakala dari Bandar Sibu pula hanya mengambil masa kurang daripada 3 jam menggunakan kenderaan darat.

Di Bandar Betong kita ada dua kemudahan bank iaitu Bank Simpanan Nasional dan Bank Hong Leong Berhad. Akan datang pula ialah CIMB dan juga Agro Bank di Daerah Kecil Pusa.

Makanan halal tidak sukar untuk diperolehi di Bandar Betong. Datang sahaja ke Kedai Makan Robert berseberang dengan Everise Departmental Store, Fhauziana Cafe sederet dengan Hong Leong Bank atau JR Cafe di Perumahan Kos Rendah Kenanga Indah, Bebanggai.

Banyak lagi kedai-kedai makan yang lain yang menyediakan pelbagai juadah tempatan.

Replika Pokok Getah

Kemudahan pengangkutan seperti perkhidmatan bas adalah sangat terhad di Bandar Betong. Ini kerana penduduknya lebih suka memandu kenderaan sendiri. Itu yang menyebabkan tempat meletak kenderaan di bandar ini telah menjadi sesak.

Sekiranya anda ingin menggunakan pengangkutan awam untuk ke Sibu, Mukah, Bintulu, Mukah dan Kuching, bolehlah menunggu bas di Simpang Betong-Sri Aman atau di RGC Layar-Betong.

Majoriti penduduk di Bandar Betong adalah dari masyarakat Iban, Melayu, Cina dan lain-lain. Kebanyakan mereka terlibat di dalam sektor pertanian dan sektor kerajaan.


Bagi mereka yang menggunakan kemudahan internet...deconnection menyediakan perkhidmatan jalur lebar secara gratis.

Datanglah ke Betong...ramai-ramai ya...


Reward Yourself
Astana Pengerindu Astana Kitai

No comments:

Post a Comment

Nuan Temuai Ti Ka:

Free Website Counter
Free Website Counter Blogarama - The Blog Directory Blogarama - The Blog Directory

Aram bejalai enggau BA

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com

Ruai Artis / Selebriti/Informasi/Berita

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin