Friday, February 6, 2009

Nenun pua di Betong, Sarawak

Maia BA macha surat khabar lama ba online tu tadi, BA macha siti cherita ngenang pengawa betenun pua kumbu di manoa Betong ti dibai olih sida Opis Kraftangan ke Kuala Lumpur taun 2008 tu tadi.

Tu meh cherita ti disalin ari berita BERNAMA. BA bisi berambi ka gambar sida ia betenun maia nemuai ke Kraf Betong tu.

Nyadi BA engkah ka gambar-gambar nya begulai enggau berita tu.






29 Ogos, 2008 16:11 PM

Tenunan Pua Tambat Hati Gadis Iban

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kraftangan dengan ciri keanggunan dan nilai artistiknya adalah warisan yang perlu dipertahankan supaya dapat diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.

Usaha untuk memastikan apa jua hasil kraftangan yang ada di bumi bertuah ini supaya "tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas" sudah tentu diperlukan terutama menerusi program latihan yang sistematik dan berterusan.

Institut Kraf Negara (IKN) di bawah Krafangan Malaysia adalah antara agensi yang dilihat gigih mengambil daya usaha untuk memberikan latihan kepada anak-anak tempatan dalam mengekalkan terus seni kraftangan negara.


Jijah anak Ngumbang, berusia 30an dari Betong, Sarawak adalah antara anak muda yang tidak ketinggalan merebut peluang keemasan untuk mengikuti program latihan IKN ini.


Anak gadis keturunan Iban ini mengikuti kursus tenunan pua pada tahun 1994 ketika berusia 19 tahun.


MAHU MENGUBAH NASIB


Nasib seseorang tidak akan berubah seandainya tidak didahului dengan kemahuan dan usaha gigih.

Berasal dari keluarga petani, Jijah yang hanya bersekolah setakat tingkatan satu mengambil langkah bijak dengan menjadikan kraftangan sebagai bidang untuk meraih kemahiran.

"Di Rumah Panjang saya ada seorang yang bekerja sebagai guru kraftangan di Kraftangan Malaysia. Dialah yang beritahu saya ada kekosongan untuk pelatih dan memberikan saya borang untuk diisi.

Ms Ginyam benong nerang ka pengawa betenun tu

rengka dikena betenun

betenun pua mega dipelajar olih bansa ti bukai

"Semasa itu saya tak ada kerja, jadi program latihan ini peluang baik untuk saya mendapatkan kemahiran supaya saya boleh mencari sumber pendapatan sendiri dan tidak menyusahkan orang tua saya," cerita Jijah yang ditemui Bernama di Kompleks Kraf, Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia adalah satu-satunya penghuni Rumah Panjang berkenaan yang mempelajari seni tenunan pua.

Jijah didatangkan khas ke Kuala Lumpur untuk membuat demonstrasi tenunan pua sempena Temasya Batik dan Tenun Malaysia, anjuran Kraftangan Malaysia yang berlangsung di Kompleks Kraf di sini dari 21-30 Ogos ini.

PERLU MINAT DAN BANYAK SABAR

Anak sulung daripada tujuh beradik ini mengakui sebelum mengikuti program latihan IKN, dia tidak tahu-menahu langsung tentang tenunan pua meskipun ia adalah satu tradisi kaum Iban.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat Jijah untuk mempelajari selok-belok tenunan itu sepanjang tempoh setahun kursus yang diikutinya.

"Apa yang penting mesti ada minat yang mendalam dan banyak bersabar kerana tenunan ini ada banyak peringkat. Kalau cepat bosan, tak bolehlah buat," kata Jijah yang memberitahu bahawa kebanyakan peserta program latihan yang diambil Kraftangan terdiri daripada anak-anak muda belasan tahun.

Dia menyifatkan program latihan Kraftangan Malaysia sebagai satu usaha yang bagus terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Tambahan, sekarang, katanya, terdapat kursus peringkat diploma selama tiga tahun yang diadakan di Kuala Lumpur.

BUKA BANYAK PELUANG

Mempelajari seni kraftangan khususnya tenunan pua ternyata membuka banyak peluang untuk Jijah.

Di samping dapat memberikannya pendapatan tetap, dia juga sering membuat demonstrasi tenunan pua di temasya-temasya kraftangan anjuran Kraftangan Malaysia termasuk yang diadakan di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Jijah menyimpan harapan tinggi agar suatu hari nanti dia akan dapat membuka kedai kraftangannya sendiri.

Buat masa ini, Jijah masih bernaung di bawah program inkubator usahawan Kraftangan Malaysia. Di bawah program itu, katanya, pihak Kraftangan Malaysia akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk tenunan puanya.

Dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, Isnin sampai Jumaat Jijah akan berada di pusat inkubator itu. Sekiranya dia mempunyai tempahan yang banyak, kerjanya mungkin berlarutan sehingga pukul 10 malam.

Jijah mahu menjadikan tenunan pua bukan sahaja sebagai pembuka rezeki tetapi juga diturunkan kepada generasi muda Iban yang lain.

Meskipun hanya memperolehi pendapatan purata RM400 sebulan, Jijah bertekad akan terus mengusahakan tenunan pua meskipun setelah berkeluarga nanti.

"Saya hanya perlu menyesuaikan masa. Bagi saya, seronok dapat menghidupkan tradisi turun-temurun ini," katanya.

Untuk menyiapkan sehelai tenunan pua berukuran 1.5meter x 0.6meter, Jijah mengambil masa antara dua hingga 3 minggu bergantung kepada teknik yang digunakan iaitu teknik ikat (tiga minggu) dan teknik canting (dua minggu).

Tenunan pua yang menggunakan teknik ikat, katanya akan menghasilkan tenunan yang lebih halus, justeru, mengambil masa yang lambat sedikit serta harganya juga lebih mahal.

UNIKNYA TENUNAN PUA

Menurut informasi Kraftangan Malaysia, tenunan pua adalah tenunan ikat warisan turun-temurun suku kaum Iban.

Ia memaparkan identiti dan pegangan kuat kaum itu kepada adat dan tradisi kehidupan mereka.

Dahulu, dipercayai reka corak tenun pua dihasilkan dari mimpi dan secara langsung menonjolkan unsur-unsur estetik dan mistik yang tersendiri.

Antara motif yang sering digunakan dalam tenunan pua ialah tumbuh-tumbuhan, binatang seperti mengkarung dan buaya serta manusia.

Benang kapas dalam tenunan pua diwarna menggunakan bahan semulajadi seperti akar mengkudu, daun tarum, kunyit dan daun engkrebai.

Peredaran masa menyaksikan penampilan tenunan pua yang mempunyai lebih variasi sama ada dari segi reka bentuk corak, warna, bahan dan kegunaan.

Seperti yang dijelaskan oleh Jijah, kain tenunan pua bukan sahaja menjadi kegemaran kaum Iban malah ia semakin menjadi popular dalamkalangan orang Melayu.

Kain tenunan pua yang lazimnya digunakan untuk membuat pakaian bagi perkahwinan atau majlis kebesaran, juga sudah diolah untuk hiasan dalaman seperti alas meja dan alas kerusi.


Berita olih BERNAMA
Gambar olih Bujang Astana


Astana Pengerindu Astana Kitai

2 comments:

  1. Wah... warisan tenun pus tok mmg patut dijaga sapa lagik kalu bukan kita sendirik... tahniah pada Jijah Gumbang..

    ReplyDelete
  2. Ya...memang sepatutnya...kita -kita yang sik pande nenun pua tok..chukup lah jadi promoter jak..

    ReplyDelete

Nuan Temuai Ti Ka:

Free Website Counter
Free Website Counter Blogarama - The Blog Directory Blogarama - The Blog Directory

Aram bejalai enggau BA

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com

Ruai Artis / Selebriti/Informasi/Berita

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin