Thursday, January 29, 2009

Maktab Rendah Sains MARA, BETONG

MRSM Betong

Bandar Betong (courtesy of Romie Sigan Daniel)

Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri dan Kompleks Perumahan Kerajaan Negeri

MRSM Betong terletak di kawasan bertanah kuning. Gambar diambil beberapa bulan yang lepas.
Sila klik pada gambar untuk saiz lebih besar. (courtesy of Romie Sigan Daniel)


Ramai juga yang telah secara kebetulan datang ke blog ini disebabkan satu entry berkenaan lawatan Tuan Residen Betong ke Maktab Rendah Sains MARA [MRSM] di Betong. Mungkin ramai yang ingin mengetahui mengenai MRSM Betong.

Untuk memudahkan pelawat dan juga mungkin bakal tenaga pengajar di MRSM Betong, saya dengan hormatnya ingin memperkenalkan serba sedikit berkenaan tempat tersebut.

MRSM Betong

MRSM Betong

MRSM Betong yang terletak lebih kurang 11 kilometer perjalanan melalui darat daripada Bandar Betong baru beberapa bulan siap sepenuhnya. MRSM Betong berjiran dengan SM Teknik Betong, SMK Datuk Patinggi Kedit Betong dan juga Hospital Betong.

Bilik guru yang selesa

Ia juga terletak lebih kurang 251 kilometer atau lebih kurang 4 jam perjalanan melalui darat daripada Bandaraya Kuching. Manakala dari Bandar Sibu, perjalanan ke MRSM Betong mengambil masa lebih kurang 3 jam dan daripada Bandar Sri Aman lebih kurang 1 jam perjalanan. Daripada Sarikei pula mengambil masa lebih kurang 2 jam.

MRSM Betong merupakan MRSM ke dua di Negeri Sarawak dan ia berada di dalam Bahagian Betong. Untuk menghubungi MRSM Betong, sila hubungi 083-471 652.

Bahagian Betong adalah Bahagian yang ke 11. Ia mempunyai dua daerah iaitu Daerah Betong dan Daerah Saratok. Daerah Betong mempunyai 4 Daerah Kecil iaitu Debak, Spaoh, Pusa dan Maludam. Saratok pula ada dua Daerah Kecil iaitu Kabong dan Roban.


salah sebuah hotel di Bandar Betong

Betong telah dijadikan taraf Bahagian dengan rasminya pada 26 Mac 2002. Tahun ini merupakan ulangtahun ke 7 Bahagian Betong.

Bandar baru di Betong sedang dalam pembinaan dan ia terletak di sepanjang Jalan Spine. Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Bahagain Betong atau lebih dikenali sebagai Mini Putrajaya juga terletak di Jalan Spine. Manakala Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan sedang di dalam pembinaan di Jalan Tanjong Assam.

papan tanda pembinaan Bandar Betong yang baru

Kebanyakan kakitangan awam yang bekerja di Bandar Betong tinggal atau menyewa kediaman di Taman Kenanga Indah atau di sekitar Paya Udak. Tempat tersebut tidak jauh dari Bandar Betong. Kemudahan seperti bank pula hanya ada dua sahaja di Bandar Betong iaitu Bank Simpanan Nasional dan Hong Leong Bank Berhad.

Untuk mendapatkan kemudahan bank-bank lain biasanya penduduk di Bandar Betong akan ke Bandar Sri Aman atau ke Bandar Sarikei.

Majoriti penduduk di Bandar Betong ialah Iban diikuti Melayu dan Cina. Untuk mendapatkan bekalan makanan halal adalah tidak sukar di Bandar Betong. Ini kerana di sini ada ramai peniaga-peniaga melayu mengusahakan restoran dan gerai-gerai makanan dan minuman.

Pemandangan dari Bukit Sadok

Apabila telah berkhidmat di Bandar Betong jangan lupa untuk mengunjugi Bukit Sadok, Bukit Saban Resort, Taman Negara Maludam. Jangan lupa juga untuk menikmati juadah seperti suman, ikan buntal, ikan terubok segar dari Beladin, linkin pisang dan banyak lagi.

Setiap tahun di Betong diadakan Pesta Ikan Buntal

Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kedatangan tuan/puan ke MRSM dan juga ke Bandar Betong khasnya. Selamat berkhidmat dan menetap di sini.

memang sejuk...

Air sungai jernih di Spak

Bukit Saban Resort


Astana Pengerindu Astana Kitai

7 comments:

  1. Informative... Bukit Saban Resort saya dah pegi.. Dolok taun 1996-1997 cemya penah dtg MRSM Betong mun sik silap adik atau abang kepada pelwak IMUDa jadi cikgu sia.. Masihkah??

    ReplyDelete
  2. Oh..pernah datang Betong...Betong kinek tok dah banyak berubah berbanding 10 tahun lepas.

    MRSM Betong bakal digunakan secara rasmi mulai Februari 2009.

    Kamek rasa sedara Imuda ia mungkin mengajar di SM Teknik Betong...satu-satunya Sekolah Menengah Teknik di luar bandar di Malaysia.

    Datanglah lagi di masa hadapan...

    ReplyDelete
  3. Menua ku suba...,lengau mai ga...huh...

    ReplyDelete
  4. apuuu... nti bisi staff ti bernam Larry mErgie Jesse keja ba MRSM Betong diak diatu, aku kirim slm agai ia... 15 August tok brthdy ia...
    Ia nya best fren ku ari form 6 suba... ermmm..
    lama nda btemu ngau ia lbn ku keja ba Smjung diatu...

    ReplyDelete
  5. Andy, aku enda ngelala Larry nya laban aku ukai gawa di MRSM. Tang kitai ngarap ka ia bisi macha blog tu lalu meda pesan nuan ditu.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    InsyaAllah aku kan melawat Betong & rakan2 di MRSM Betong. Syabas atas usaha pemilik astanapengerindu.

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:00 PM

    thank you for this useful information, how about the distance from airport sibu to mrsm and airport kuching to mrsm.. 2++km is very far for me.. :) Thanks for helping..

    ReplyDelete

Nuan Temuai Ti Ka:

Free Website Counter
Free Website Counter Blogarama - The Blog Directory Blogarama - The Blog Directory

Aram bejalai enggau BA

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com

Ruai Artis / Selebriti/Informasi/Berita

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin